empty
 
 

Syarat-syarat Kempen Proton Inspira - Inspirasi Pedagang InstaForex

1. Peruntukan Umum

    • 1.1 Tajuk Kempen - Proton Inspira untuk Pedagang Forex Malaysia (Seterusnya dirujuk sebagai - Kempen).
    • 1.2 Kempen ini telah dianjurkan oleh Kumpulan Syarikat InstaForex (Seterusnya dirujuk sebagai - Penganjur).
    • 1.3 Dalam Kempen ini, cabutan bertuah seperti berikut akan diadakan:
      • Cabutan bertuah Proton Inspira;
      • Cabutan bertuah untuk hadiah saguhati.
    • 1.4 Tempoh kempen bermula dari 7 Mei, 2012 hingga 25 Oktober, 2013 (Seterusnya dirujuk sebagai - tempoh Kempen).
      • 1.4.1 Tempoh bagi cabutan bertuah Proton Inspira bermula dari 07 Februari, 2013 hingga 25 Julai, 2014.
    • 1.5 Pendaftaran untuk menyertai Kempen ini akan berakhir 1 (satu) jam sebelum penetapan nombor Proton.

2. Peserta Kempen

    • 2.1 Hanya pedagang yang telah mencapai had umur lapan belas (18) tahun dan ke atas serta mempunyai akaun dagangan dengan Syarikat InstaForex (Seterusnya dirujuk sebagai - Peserta) yang layak untuk mengambil bahagian di dalam Kempen ini.
    • 2.2 Bagi melayakkan diri untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini, peserta dikehendaki untuk melakukan pendepositan sekurang-kurangnya 1000 USD atau lebih ke dalam akaun dagangan dengan Syarikat InstaForex sepanjang tempoh Kempen dan mendaftar di laman web rasmiwww.instaforex.com. Bagi pemegang kad kelab InstaForex pula, nilai deposit minima yang diperlukan untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini hanyalah 500 USD. Jumlah dagangan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 1500 lot.
    • 2.3 Peserta dibenarkan untuk mendaftar Kempen dengan memiliki lebih daripada 1 akaun bagi meningkatkan peluang untuk menang. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak Pengurusan Peraduan berjaya mengesan terdapat lebih daripada 100 akaun yang disenaraikan di bawah satu nama, maka pihak Pengurusan Peraduan berhak untuk mengurangkan bilangan akaun sehingga 100.
    • 2.4 Mana-mana akaun yang memenuhi kriteria: A - B + C > 1000,00 USD ( if C < 0: A - B > 1000,00 USD ), di mana A adalah jumlah pendepositan bermula dari 07 Februari, B adalah jumlah pengeluaran bermula 07 Februari, dan C adalah hasil dagangan dengan sekurang-kurangnya 1500 lot, adalah layak untuk menyertai Kempen ini.

3. Terma Dagangan

    • 3.1 Kesemua transaksi dagangan yang dibuka pada harga bukan pasaran adalah tertakluk kepada pembatalan.
    • 3.2 Peserta boleh menggunakan Expert Advisors dan apa jua strategi dagangan tanpa sebarang sekatan.
    • 3.3 Peserta juga dibenarkan untuk menukar jenis akaun dagangan kepada akaun bebas swap (dan sebaliknya) pada bila-bila masa dengan menghubungi Jabatan Sokongan.
    • 3.4 Terma dagangan lain bagi akaun-peserta Kempen adalah sama seperti dengan akaun dagangan dengan Syarikat InstaForex.

4. Penentuan pemenang

    • 4.1 Penentuan bagi Pemenang Proton Inspira (Seterusnya dirujuk sebagai - Pemenang Kempen)
      • 4.1.1 Pemenang akaun akan ditentukan melalui skim berikut: 5 digit terakhir akaun digunakan dalam menentukan pemenang (tidak kira sama ada ia adalah 5-digit, 6-digit mahupun akaun 7-digit). Sekiranya 5 digit tersebut adalah sepadan dengan nombor Proton, maka pemilik akaun ini akan dinobatkan sebagai Pemenang Proton Inspira.
      • 4.1.2 Penetapan kadar pertukaran untuk pasangan mata wang berikut pada penutupan pasaran ialah pada hari Jumaat 25 Julai, 2014 jam 23:59:
        • Digit pertama pada nombor Proton - digit terakhir bagi kadar EUR/USD;
        • Digit Kedua pada nombor Proton - digit terakhir bagi kadar GBP/USD;
        • Digit Ketiga pada nombor Proton - digit terakhir bagi kadar USD/JPY;
        • Digit Keempat pada nombor Proton - digit terakhir bagi kadar USD/CHF;
        • Digit Kelima pada nombor Proton - digit terakhir bagi kadar USD/CAD.
      • 4.1.3 Sekiranya nombor akaun yang tidak menyertai peraduan sepadan dengan nombor Proton yang dihasilkan, maka pemenang akan ditentukan berdasarkan pada nombor akaun sebelumnya atau akaun yang seterusnya. Pemenang dipilih berdasarkan pada prinsip pendepositan terbesar yang dikira menggunakan formula: A - B + C.
      • 4.1.4 Sekiranya nombor Proton yang dihasilkan melalui kaedah yang dinyatakan di atas adalah sepadan dengan nombor akaun 5-digit, maka bagi nombor akaun 6-digit, digit pertama akan dikecualikan manakala bagi nombor akaun 7-digit pula, dua digit pertama akaun tersebut akan dikecualikan, oleh itu hadiah utama - Proton Inspira akan menjadi milik pedagang yang memiliki baki akaun terbesar. Tahap baki akaun akan ditentukan menggunakan formula berikut: A - B + C.
    • 4.2. Penentuan. Penyebutan hadiah pemenang cabutan
      • 4.2.1 Lima Akaun Peserta yang berjaya nombor Lotus dan lima akaun yang mendahului akaun Pemenang akan menjadi pemenang cabutan "Hadiah Kehormat".
      • 4.2.2 Pemenang dari Kempen tidak boleh pada masa yang sama memenangi "Hadiah Kehormat".
      • 4.2.3 Pemenang dari cabutan "hadiah menyebutkan Saudara" tidak boleh memenangi untuk dua atau lebih hadiah dalam rangkakerja cabutan.
      • 4.2.4 Dalam hal penentuan Pemenang seseorang di antara para pemilik 10 akaun konflik dengan mata 4.2.2. dan 4.2.3 daripada Peraturan ini, Pemenang dianggap pemegang akaun seterusnya.

5. Pengumuman keputusan

    • 5.1 Alamat Pemenang akan diumumkan.
    • 5.2 Keputusan Kempen akan diumumkan tujuh (7) hari selepas Kempen berakhir dan kesemua pemeriksaan perlu diselesaikan.
    • 5.3 Penganjur berhak untuk menentukan tempoh pengumuman keputusan hadiah bagi seratus orang peserta yang bertuah sepanjang tempoh kempen berjalan.
    • 5.4 Keputusan Kempen dan laporan mengenai majlis penganugerahan akan dimuat turun di laman web rasmi www.instaforex.com dan juga di televisyen serta media cetak.

6. Penganugerahan Hadiah

    • 6.1. Peruntukan Am
      • 6.1.1 Selepas 20 hari keputusan Kempen dan Cabutan Bertuah diumumkan, Pemenang dan Pihak Penganjur akan memaklumkan kepada pemenang melalui panggilan telefon mengenai tarikh, masa dan tempat untuk menuntut hadiah.
      • 6.1.2 Selepas memilih pemenang akaun dagangan, Pihak Penganjur akan memeriksa maklumat Peserta dan kesahihan penyertaan beliau di dalam Kempen berdasarkan pada peraturan yang termaktub pada perenggan 2.1. - 2.3. Sekiranya maklumat didapati bercanggah dan palsu atau jika Peserta di dapati tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini, maka cabutan tersebut akan dianggap sebagai tidak sah.
      • 6.1.3 Sekiranya prosedur menuntut hadiah (ketiadaan ID, tarikh luput ID dan sebagainya) gagal untuk dipatuhi oleh Pemenang, maka Pihak Penganjur berhak untuk menarik semula kemenangan.
    • 6.2. Mendapatkan hadiah utama Kempen - Proton Inspira
      • 6.2.1 Hadiah hanya akan diberikan kepada Pemenang selepas pememeriksaan ID dan Sijil Penerimaan ditandatangani di mana maklumat seperti berikut telah dipenuhi: nama penuh, tarikh lahir, data ID, nombor telefon berserta kod negara dan bandar. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan pelucutan hak ke atas hadiah tersebut.
      • 6.2.2 Sekiranya Pemenang Kempen tidak dapat hadir untuk menuntut hadiah, wakil lain boleh dilantik oleh peguam selain daripada pemenang untuk menerima hadiah bagi pihak mereka.
      • 6.2.3 Sebaik sahaja pemenang menerima hadiah Kempen, beliau akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk membayar cukai serta lain-lain bayaran wajib yang ditetapkan oleh Kerajaan.
      • 6.2.4 Syarikat InstaForex akan bertanggungjawab dalam proses penghantaran kereta ke tempat kediaman pemenang. Walau bagaimanapun, adalah tanggungjawab pemenang untuk membayar cukai dan duti kastam.
      • 6.2.5 Sekiranya Pemenang tidak boleh sama sekali mengambil kereta tersebut, beliau akan memperoleh 20 000 USD yang dimasukkan ke dalam baki akaunnya.
        Walau bagaimanapun, wang tersebut tidak boleh dikeluarkan, tetapi apa jua keuntungan yang diperolehi daripada jumlah hadiah boleh dikeluarkan tanpa sebarang sekatan.

7. Peruntukan Akhir

    • 7.1 Pihak penganjur melaksanakan semua pengaturan perlindungan maklumat dari akses yg tidak sah dan tidak berhak sama sekali untuk memberikan maklumat Kempen kepada pihak ketiga.
    • 7.2 Sekiranya Peserta yang menang, beliau akan memberikan persetujuan untuk:
      • Diwawancara termasuk radio, televisyen dan media massa yang lain;
      • Penggunaan gambar beliau (gambar, dan sebagainya) oleh Penganjur dalam bahan-bahan iklan;
      • Penerbitan nama beliau oleh Penganjur untuk tujuan iklan tanpa sebarang bayaran tambahan;
      • Semua hak cipta bahan pengiklanan yang digunakan untuk tujuan yang disebutkan di atas adalah hak terpelihara Pihak Penganjur.
    • 7.3 Kesemua pertikaian atau perselisihan pendapat yang berlaku didalam kempen akan diselesaikan secara rundingan.
    • 7.4 Penyertaan dalam Kempen bermaksud bahawa Peserta telah bersetuju dengan terma dan syarat.
    • 7.5 Sekiranya Pemenang Kempen gagal untuk mengikuti peraturan, penyertaan beliau adalah tertakluk kepada pembatalan.

8. Language

    • 8.1 The language of the present rules is English.
    • 8.2 For the Participant convenience, the Organizer can provide the rules in a language different from English. The translated version of the rules is of a merely informative character.
    • 8.3 In case of variant readings of a translated version and the rules in English, the rules in English are considered as a prior reference standard.

Laman utama peraduan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget