empty
 
 
Soalan-soalan umum

Adakah anda mempunyai sebarang soalan?

Kami ada jawapannya. Kami membangunkan bahagian ini khusus untuk soalan yang paling kerap ditanya tentang program afiliasi, syarat dagangan, sistem PAMM, pendaftaran, pengesahan dan isu-isu lain yang berkaitan.
Soalan-soalan umum
Berapa banyak saya akan dapat jika saya memulakan perdagangan di pasaran Forex dengan deposit minimum?

Ia bergantung kepada tahap pengalaman anda, pengetahuan dan kemahiran. Perdagangan Forex adalah sangat berisiko, dan anda perlu menanggung risiko itu dan menilai tahap profesionalisme anda. Keadaan perdagangan InstaForex membolehkan anda daripada pedagang baru menjadi pedagang yang berpengalaman.


Apakah yang dimaksudkan dengan tahap sokongan dan rintangan?

Tahap sokongan adalah tahap harga yang lebih rendah daripada kadar semasa, yang mana majoriti pelabur percaya bahawa harga akan bergerak lebih tinggi.

Tahap rintangan ialah tahap harga yang lebih tinggi daripada kadar semasa, yang mana majoriti pelabur percaya bahawa harga akan bergerak lebih rendah.


Apakah yang dimaksudkan dengan trailing stop?

Apabila anda menetapkan perintah trailing stop (sekurang-X pip), platform tidak akan membuat apa-apa sehingga perdagangan anda membawa kepada keuntungan dalam jumlah X pips (kadar trailing stop anda). Kemudian platform akan menetapkan kedudukan Stop Loss X pip jauh dari harga semasa (dalam kes ini ia adalah titik pulang modal). Jika harga pasaran menaik, tahap stop loss juga akan bergerak naik secara berkadaran. Jika harga pasaran menurun, tahap stop loss akan kekal. Ini bermakna bahawa trailing stop loss mengikut harga semasa pada jarak X pips. Dengan cara ini, pedagang boleh menghadkan kemungkinan kerugian tetapi tidak menghadkan keuntungan. Oleh itu, trailing stop adalah algoritma kawalan stop loss: "ia membenarkan harga untuk membuat keuntungan." Perhatian! Trailing stop hanya berfungsi apabila platform perdagangan disambung kepada pelayan melalui Internet.


Apakah yang dimaksudkan dengan angka keuntungan atau pergerakkan harga?

Angka keuntungan adalah 100 pip keuntungan. Angka pergerakan harga adalah pergerakan 100 pip. Nombor genap juga dirujuk kepada angka. Sebagai contoh: "EURUSD menembusi ke angka tujuh belas" bermaksud bahawa kedar telah melebihi tahap1.1700.


Apakah waktu operasi bursa saham?

Sesi dagangan akan dibuka pada jam 22:00 (GMT+00) Ahad dan ditutup pada jam 22:00 (GMT+00) Jumaat.


Berapa banyak pelayan perdagangan yang Syarikat InstaForex gunakan dan dikawasan mana ia terletak?

Sistem perdagangan InstaForex terdiri daripada 7 pelayan perdagangan untuk akaun nyata dan 1 pelayan perdagangan untuk akaun demo. Ketujuh-tujuh pelayan perdagangan ini akan mengagihkan beban oleh sistem pusat data perantaraan yang terletak di seluruh dunia. Oleh itu, sistem pada 7 pelayan ini akan membolehkan setiap pelanggan mempunyai sambungan yang kuat dan cepat ke pusat perdagangan. Sekiranya salah satu daripada pusat-pusat data perantaraan ini mempunyai lebihan bebanan, terminal pelanggan secara automatiknya akan beralih kepada pusat data yang mempunyai kurang bebanan.

Pelayan perdagangan InstaForex di A.S. mempunyai 5 pusat data dan berfungsi untuk membantu pelanggan di seluruh dunia, terutama dari Eropah, Amerika dan Rusia. Inovasi teknikal yang kuat dan saluran data yang boleh dipercayai disediakan oleh salah seorang penyedia Amerika terbaik dan menjadikan pelayan perdagangan InstaForex di A.S. popular di kalangan pelanggan dari Eropah dan Amerika.

Pelayan perdagangan InstaForex di Singapura (111.235.136.17:443) mempunyai 2 pusat data dan digunakan oleh pelanggan syarikat dari negara-negara Timur Tengah dan Asia Selatan. Akses masa yang singkat kepada pelayan menjadikan ia sesuatu yang menarik untuk pelanggan Asia, yang menghargai kelajuan perdagangan. Dua pusat data yang disenggarakan oleh pembekal utama pusat kewangan Asia yang terbesar - Singapore - mengagihkan beban pada pelayan perdagangan bagi menjamin akses secara berterusan.

Tanpa mengambil kira lokasi tempat tinggal, pelanggan InstaForex baru boleh memilih salah satu daripada tujuh pelayan perdagangan syarikat bergantung kepada pilihan mereka. Setiap pelayan perdagangan InstaForex adalah alat yang boleh dipercayai untuk menguruskan pelaburan anda melalui Internet dan perbezaan dalam masa akses pelayan di seluruh dunia tidak melebihi 0.2 saat. Ramai pelanggan membuka beberapa akaun pada pelayan yang berbeza dan mendapatkan peluang untuk menilai kualiti setiap pelayan ketika menjalankan aktiviti perdagangan.


Adakah Syarikat InstaForex menyediakan perkhidmatan ECN broker?

Syarikat InstaForex adalah merupakan sebuah broker forex antarabangsa atas talian yang menawarkan para pelanggannya denganpelbagai instrumen universal untuk berdagang di pasaran Forex, termasuk perkhidmatan ECN. Ketahui lebih lanjut mengenai aktiviti ECN di halaman khas laman web syarikat.


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget